Assalamualaikum. Hai semua .
Hari ni farah over rajin masak sebab terpakai baju kelas Iaitu baju Hospitaliti . Haha . Kos hospitaliti ni , memang kos tentang masak memasak , pengurusan and so on. So bila dah pakai baju ni , semangat laa nak masak . Ye dok , hehehe ...
Ps: nasib baik tak pakai baju korporat je kat rumah ni , haha .
Ni laa baju yg farah bebelkn tadi . Huhuhu Ok berbalik pada tajuk post kita tu . Farah masak kueyteow ladna campak-campak je . Ikut bahan yg available kat dalam ice box je . Nak harap keluar pergi pasar , memang rajin sangat lah kan , hehehe . Okay so farah kasi resepi yg farah guna untuk masak. Campak-campak pun , okay laa boleh masuk tekak ni . Moh le kite nengok resepi nye .
Bahan-bahannya :
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 biji cili padi (dipotong dua)
Isi ayam / seafood (farah alah dengan seafood , sebab tu guna ayam je. Sobsob T_T )
Kubis bunga
Carrot
Tomato ( dibelah empat)
Daun ketumbar (optional)
Tepung jagung+air (bancuh)
Air
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Minyak utk menumis
Bahan Untuk kueyteow:
kueyteow (ikut banyak mana nak)
Kicap manis + kicap pekat
Sos tiram
(Salutkan kicap manis + kicap pekat + sos tiram bersama kuey teow)
Cara memasak :
1. Panaskan minyak sedikit , kemudian goreng kueyteow yang telah di salut bersama kicap dan sos tiram tadi sehingga agak-agak garing sedikit. Jangan lama sangat nanti hangus pulak hehe . Setelah itu , ketepikan kueyteow yg telah digoreng.
2. Panaskan minyak , tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga naik bau dan garing.
3. Kemudian masukkan ayam atau seafood , biarkan sehingga agak masak , kemudian masukkan sayur mayur yg keras dahulu ( kubis bunga dan carrot ) , masak sehingga layu sedikit.
4. Setelah itu , masukkan air ( untuk kuah) , agak-agak je dengan kuantiti kueyteow , biarkan sehingga mendidih. 5. Masukkan garam secukup rasa , serbuk lada sulah sedikit , serbuk lada hitam sedikit , biarkan sebentar. Kemudian masukkan tomato. Biarkan sekejap. (kalau nak manis sikit , boleh tambah ajinomoto tapi farah dah rasa cukup manis ayam tu) 6. Apabila kuah mendidih , masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit , biarkan sebentar sehingga kuah menjadi pekat seperti yang diingini. Jangan biar lama sama sangat atas dapur bila dah masuk bancuhan tepung jagung ,kalau tak nak kuah jadi gam , huhuhu 7. Tutup api . Kemudian , kuah yang telah siap itu boleh lah dituangkan ke atas kuey teow tadi . taburkan daun ketumbar dan bawang goreng . sedia utk dihidang :D
ni lah hasilnya ! :D
nyum nyum :P
Okay done . hehe , kira okay la tu untuk farah yang baru nak belajar masak ni kan , hee . selamat mencuba ! :D
|