Tuesday 24 May 2016

Kueyteow Ladna Simple dan Sedap


Assalamualaikum. Hai semua .
Hari ni farah over rajin masak sebab terpakai baju kelas Iaitu baju Hospitaliti . Haha . Kos hospitaliti ni , memang kos tentang masak memasak , pengurusan and so on. So bila dah pakai baju ni , semangat laa nak masak . Ye dok , hehehe ...
Ps: nasib baik tak pakai baju korporat je kat rumah ni , haha .


Ni laa baju yg farah bebelkn tadi . Huhuhu

Ok berbalik pada tajuk post kita tu . Farah masak kueyteow ladna campak-campak je . Ikut bahan yg available kat  dalam ice box je . Nak harap keluar pergi pasar , memang rajin sangat lah kan , hehehe . Okay so farah kasi resepi yg farah guna untuk masak. Campak-campak pun , okay laa boleh masuk tekak ni . Moh le kite nengok resepi nye .

Bahan-bahannya : 
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 biji cili padi (dipotong dua)
Isi ayam / seafood (farah alah dengan seafood , sebab tu guna ayam je. Sobsob T_T )
Kubis bunga 
Carrot
Tomato ( dibelah empat)
Daun ketumbar (optional)
Tepung jagung+air (bancuh)
Air
Garam 
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam 
Minyak utk menumis 



Bahan Untuk kueyteow: 
kueyteow (ikut banyak mana nak)
Kicap manis + kicap pekat 
Sos tiram 
(Salutkan kicap manis + kicap pekat + sos tiram bersama kuey teow)


Cara memasak : 

1.  Panaskan minyak sedikit , kemudian goreng kueyteow yang telah di salut bersama kicap dan sos tiram tadi sehingga agak-agak garing sedikit. Jangan lama sangat nanti hangus pulak hehe . Setelah itu , ketepikan kueyteow yg telah digoreng.



2. Panaskan minyak , tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga naik bau dan garing. 

3. Kemudian masukkan ayam atau seafood , biarkan sehingga agak masak , kemudian masukkan sayur mayur yg keras dahulu ( kubis bunga dan carrot ) , masak sehingga layu sedikit.

4. Setelah itu , masukkan air ( untuk kuah) , agak-agak je dengan kuantiti kueyteow , biarkan sehingga mendidih.

5. Masukkan garam secukup rasa , serbuk lada sulah sedikit , serbuk lada hitam sedikit , biarkan sebentar. Kemudian masukkan tomato. Biarkan sekejap. (kalau nak manis sikit , boleh tambah ajinomoto tapi farah dah rasa cukup manis ayam tu)

6. Apabila kuah mendidih , masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit , biarkan sebentar sehingga kuah menjadi pekat seperti yang diingini. Jangan biar lama sama sangat atas dapur bila dah masuk bancuhan tepung jagung ,kalau tak nak kuah jadi gam , huhuhu

7. Tutup api . Kemudian , kuah yang telah siap itu boleh lah dituangkan ke atas kuey teow tadi . taburkan daun ketumbar dan bawang goreng . sedia utk dihidang :D

ni lah hasilnya ! :D

nyum nyum :P

Okay done . hehe , kira okay la tu untuk farah yang baru nak belajar masak ni kan , hee . selamat mencuba ! :D

























Wednesday 6 January 2016

kakak yg kesunyian :(

Assalamualaikum .

hai readers . Selamat tahun baru . cepat je rasa dah masuk 2016 . lama tak update blog ni . bukan apa , sibuk sebab final week dah kan . tak sabar nak tunggu last paper , nak balik T_T hmmm by the way . nanti balik , confirm sunyi rumah . yelah , adik bongsu aku dengan adik nombor 3 tu dah masuk asrama . tinggal yg nombor 2 je . tadi baru pergi hantar dia kat asrama , sedih la juga . yelah kan , tak pernah dia duk jauh . kali ni ,bukan setakat jauh . sekolah asrama penuh(alhamdulillah) kan balik sebulan sekali . lagi lah susah nak jumpa . hmmmm . tak sangka , cepat je masa berlalu . aku rasa adik-adik aku kecil lagi . tuptup , yg tu dah nak spm , yg tu pmr , yg tu dah masuk form 1 .
hmmm . apa pun , harap keluarga aku , adik-adik aku semua sihat dan selamat walau kat mana diorang pergi . amin , in shaa Allah . aku cuti sem pun tak banyak aktiviti rasanya . sunyi lah rumah nanti T_T
. i wish adik-adik aku masih kecil lg , tak besar-besar . haha ngade jek . hmmm semoga diorang jaga diri elok-elok kat mana je diorang berada :) in shaa Allah . setakat tu dulu coretan kali ni . Happy New Year and selamat bercuti sem kawan-kawan :))

Wednesday 2 December 2015

MATI ITU PASTI

Assalamualaikum .

hai readers . hmmmm . scary kan title post kali ni . dalam minggu ni je , 3 berita kematian yang kita dikhabarkan . satu , kemangkatan baginda Raja Muda Kedah , kedua arwah Yus Jambu dan ketiga arwah seniwati Mariani . semua ni pada minggu yang sama ,dan hari yang berturutan . hmmmm . ni yang kita tahu , yang kita tak tahu . Allahu . takutnya .

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah an-Nisaa’: ayat 78)

Mati Itu Pasti . nak atau tak , akan tiba juga masa kita menghadapi saat ini . mungkin lepas aku publish post ini , ajal aku datang ,siapa tahu kan . semoga kita semua dimatikan dalam husnul khatimah(pengakhiran yang baik) , bukannya dalam suul khatimah(pengakhiran yang buruk).

hadis shahih dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.

"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya,”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah menjawab,”Allah akan memberinya taufiq untuk beramal shalih sebelum dia meninggal.” [HR Imam Ahmad, Tirmidzi, dan dishahihkan al Hakim dalam Mustadrak.


persoalan sekarang , bagi aku sendiri . bersediakah aku ? hmmm . moga Allah mempermudahkan urusan kita semua dunia akhirat. dan diampunkan dosa sekalian alam. amin .

Wednesday 25 November 2015

sabar 🍃

assalamualaikumm .

hai readers semuaa *bajet ramai readers lah 😂 dah lama tak update blog . minggu ni agak busy laa . haishh . ni pun pepagi dah ada kelas . mengantuk diaa , aduhh . hari ni memang jadual agak pack . SABAR aje laaa . by the way , aku nak cerita pasal sorang ni *bukan mengumpat , luahan hati jer , haahaa . lepas kelas tadi , kitorang nak pergi beli nasi lah kan , so dia pun ajak lah aku pergi pasar pagi . dia kata dia nak beli tudung . lepas tu , aku pun cakap lah kat dia , nak beli tudung pulak , hari tu kata nak jimat lah , ape lah . lepas tu dia sentap woooo . hahaha . dia ni memang agak boros laa berbelanja . aku tak tau pula latar belakang dia orang kaya ke tak , yg tu lantak la . tapi life dekat u ni , kalau kau ikut sangat nafsu berbelanja tu , memang papa kedana laa nnti . mentang dapat duit ptptn banyak , kemain lagi ea . nanti sampai masa nak bayar , haa kau tau laa . okay berbalik pada cerita dia tu tadi , dia jalan menonong jer kat depan . dia buat macam dia jalan sensorang . ah nak jer aku patah balik kolej terus . siot laa perangai . aku sabar jaa . aku malas nak meletop lagi . haihh . korang tahu takk , dia pernah tengking aku depan orang ramai . masa tu korang bayangkan lah apa rasa . nak jer aku tampar dia . tak pernah tau orang tengking aku depan orang ramai . even mama abah aku . dia senang-senang aje menengking aku . dia ingat dia tu sape haa . coiii . geram weii . pastu dia pergi jaa mana dia suka , jalan sorang² . aku rasa tadi , arghhh !!!! benci betul aku kat orang gila macam ni . semarah-marah aku , aku tak pernah buat orang lain macam orang bodoh tauu . aku jalan jaa kat belakang dia tadi . okay fine , dah cukup laa . aku cuba SABAR ni . dah nk sampai habis sem dahh . moga aku kuat lah nak tahan ngan perangai gila macam tu . hm . k lah korang , aku tak ada mood sangat ni , byeee

Friday 20 November 2015

weekend 😚

assalamualaikumm .

hai alls . aku dekat rumah ni . saja balik , weekend kan . alang-alang kelas tak ada , assignment pun kurang daahhh . baik balik rumah kan , habiskan masa dengan family lagi bagus *homesick actually 😅 aku balik kelmarin , malam ni dah nak balik kolej dah . itu lah , orang cakap , untung dapat masuk uni yg dekat dengan rumah . boleh balik selalu. alhamdulillah . Allah sebaik-baik perancang kann . oh by the way , aku ada something nak share dengan korang . malu tambah lawak lah . masa nak balik tu , hujan . kitorang (aku dgn kawan aku) nekad juga nak balik . hujan lebat lagi , kitorang pun decide nak g makan dulu lah . alang-alang tunggu hujan stop . masa kitorang tengah jalan nak g kedai makn , tiba-tiba bas lalu. aduhh . kitorang pun dengan lajunya lari g kejar bas tuu . nasib baik bas tu stop . tapi yang tak nasib baik nya , kan masa tu hujan , aku pakai kasut yang tapak dia licin . apa lagi , gedebukk jatuh lah . tapi yang lagi malang , bukan jatuh atas jalan apa . jatuh dalam air yang bertakung dengan lumut . uwaaaaa 😭😭 malu dia mak aihh .
korang bayangkan lah . kawan aku tu , dah naik bas dah . dia tak sedar pun aku jatuh . siot lah rasa , haahaa . aku rasa dah taknak balik kolej dah , malu weii . tapi nasib baik masa tu tak ada orang sangat . tapi aku tak pasti laa ada orang tengok tak aku jatuh tu . hahaa 😂😂 okay laa alls , aku tengah bakar ayam sebenarnya ni . lambat tunggu ayam masak , kita berblog lah dulu kan . okay setakat ni dulu untuk hari ni. daaa uols 😘

Wednesday 18 November 2015

Penat


Assalamualaikum ,,

hai alls :* aku nak cerita ni . hari ni Tuhan je tahu apa yang aku rasa. memang hari ini ada satu kelas tutor ekonomi jer , tapi . assignment semua nak kena siapkan. berlambak. tapi yang aku paling fedup , dengan perangai budak group assignment aku. astaghfirullahalazim . last minute cakap nak buat discussion , padahal aku dah ada janji dengan kawan aku nak keluar sama. rasa nak nangis , serius weii :'( aku rasa mungkin ahli group aku yang lain pun menyampah dengan perangai dia ni. korang bayangkan lah , semua masa kitorang , kena ikut dia. macam kalau dia free , suka-suki dia jer nak buat discussion. huhh. aku punya sakit hati dan geram tadi , sampai menangis ! sem depan , serius waa cakap , aku tak nak dah satu group dengan dia ni . perit ! serik ! betul lah kan orang cakap , makin kita dewasa , makin banyak ragam orang yang kita akan jumpa. and i have found one ! mohon Allah kuatkan hati aku bebanyak. aminn .  okay laa alls , got to go ~~ nak kena pergi discussion lah ni -_- saja update blog ni dulu , luah perasaan . haha .
okay bye

Sunday 16 March 2014

MH370 :'(

dunia sekarang digemparkan dgn kehilangan Mh370 ! haihh ,, ke mana laa yaa flight tu . harap semuanya selamat .. kesian tuu .. kalau kita kat tempat diorang , macam mana lah agaknyaa .. 

#pray4MH370 #

buka buku baru , padam kisah lama

2014 :)
amboihh , dah masuk bulan 3 dah pun tahun ni .. hikhik .. btw , dah lama sangat dah tak update blog ni .. dah berhabuk dah kut -_-'' I am upper 6 NOW !! cepatnya masa berlalu kan . rasa macam baru jer masuk darjah 1 dulu . hehe :) sekarang tengah tension an PBS SEJARAH DGN PENGAJIAN AM . ohh , apakahh ?? :( tapi , sekali ku melangkah , ku akan terus melangkah ! haha .. btw ,, sekarang ni pun tgh menghitung hari nak pergi kem dekat La Hot Spring , Besut Terengganu . ohh , awesome lahh ! takk sabar .. hee ~ gelojohh ~ kem ni pun untuk pelajar PraU SMKCE ,, Kem Jati Diri .. Jati Diri sgt lah nnti .. hehe .. nanti kalau sempat , gambar pergi kem tuu akan di update , inshaa Allah :)
 
Belong To Me ❣❣ Blogger Template by Ipietoon Blogger Template