Friday, 20 November 2015

weekend 😚

assalamualaikumm .

hai alls . aku dekat rumah ni . saja balik , weekend kan . alang-alang kelas tak ada , assignment pun kurang daahhh . baik balik rumah kan , habiskan masa dengan family lagi bagus *homesick actually 😅 aku balik kelmarin , malam ni dah nak balik kolej dah . itu lah , orang cakap , untung dapat masuk uni yg dekat dengan rumah . boleh balik selalu. alhamdulillah . Allah sebaik-baik perancang kann . oh by the way , aku ada something nak share dengan korang . malu tambah lawak lah . masa nak balik tu , hujan . kitorang (aku dgn kawan aku) nekad juga nak balik . hujan lebat lagi , kitorang pun decide nak g makan dulu lah . alang-alang tunggu hujan stop . masa kitorang tengah jalan nak g kedai makn , tiba-tiba bas lalu. aduhh . kitorang pun dengan lajunya lari g kejar bas tuu . nasib baik bas tu stop . tapi yang tak nasib baik nya , kan masa tu hujan , aku pakai kasut yang tapak dia licin . apa lagi , gedebukk jatuh lah . tapi yang lagi malang , bukan jatuh atas jalan apa . jatuh dalam air yang bertakung dengan lumut . uwaaaaa 😭😭 malu dia mak aihh .
korang bayangkan lah . kawan aku tu , dah naik bas dah . dia tak sedar pun aku jatuh . siot lah rasa , haahaa . aku rasa dah taknak balik kolej dah , malu weii . tapi nasib baik masa tu tak ada orang sangat . tapi aku tak pasti laa ada orang tengok tak aku jatuh tu . hahaa 😂😂 okay laa alls , aku tengah bakar ayam sebenarnya ni . lambat tunggu ayam masak , kita berblog lah dulu kan . okay setakat ni dulu untuk hari ni. daaa uols 😘

0 Apa kata anda ::

Post a Comment

 
Belong To Me ❣❣ Blogger Template by Ipietoon Blogger Template