Friday 20 November 2015

weekend 😚

assalamualaikumm .

hai alls . aku dekat rumah ni . saja balik , weekend kan . alang-alang kelas tak ada , assignment pun kurang daahhh . baik balik rumah kan , habiskan masa dengan family lagi bagus *homesick actually 😅 aku balik kelmarin , malam ni dah nak balik kolej dah . itu lah , orang cakap , untung dapat masuk uni yg dekat dengan rumah . boleh balik selalu. alhamdulillah . Allah sebaik-baik perancang kann . oh by the way , aku ada something nak share dengan korang . malu tambah lawak lah . masa nak balik tu , hujan . kitorang (aku dgn kawan aku) nekad juga nak balik . hujan lebat lagi , kitorang pun decide nak g makan dulu lah . alang-alang tunggu hujan stop . masa kitorang tengah jalan nak g kedai makn , tiba-tiba bas lalu. aduhh . kitorang pun dengan lajunya lari g kejar bas tuu . nasib baik bas tu stop . tapi yang tak nasib baik nya , kan masa tu hujan , aku pakai kasut yang tapak dia licin . apa lagi , gedebukk jatuh lah . tapi yang lagi malang , bukan jatuh atas jalan apa . jatuh dalam air yang bertakung dengan lumut . uwaaaaa 😭😭 malu dia mak aihh .
korang bayangkan lah . kawan aku tu , dah naik bas dah . dia tak sedar pun aku jatuh . siot lah rasa , haahaa . aku rasa dah taknak balik kolej dah , malu weii . tapi nasib baik masa tu tak ada orang sangat . tapi aku tak pasti laa ada orang tengok tak aku jatuh tu . hahaa 😂😂 okay laa alls , aku tengah bakar ayam sebenarnya ni . lambat tunggu ayam masak , kita berblog lah dulu kan . okay setakat ni dulu untuk hari ni. daaa uols 😘

Wednesday 18 November 2015

Penat


Assalamualaikum ,,

hai alls :* aku nak cerita ni . hari ni Tuhan je tahu apa yang aku rasa. memang hari ini ada satu kelas tutor ekonomi jer , tapi . assignment semua nak kena siapkan. berlambak. tapi yang aku paling fedup , dengan perangai budak group assignment aku. astaghfirullahalazim . last minute cakap nak buat discussion , padahal aku dah ada janji dengan kawan aku nak keluar sama. rasa nak nangis , serius weii :'( aku rasa mungkin ahli group aku yang lain pun menyampah dengan perangai dia ni. korang bayangkan lah , semua masa kitorang , kena ikut dia. macam kalau dia free , suka-suki dia jer nak buat discussion. huhh. aku punya sakit hati dan geram tadi , sampai menangis ! sem depan , serius waa cakap , aku tak nak dah satu group dengan dia ni . perit ! serik ! betul lah kan orang cakap , makin kita dewasa , makin banyak ragam orang yang kita akan jumpa. and i have found one ! mohon Allah kuatkan hati aku bebanyak. aminn .  okay laa alls , got to go ~~ nak kena pergi discussion lah ni -_- saja update blog ni dulu , luah perasaan . haha .
okay bye
 
Belong To Me ❣❣ Blogger Template by Ipietoon Blogger Template