Monday 10 December 2012

jika aku jatuh hati ...



Bismillahirrahmanirrahim.....

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu....

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu....

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling
daripada hatiMu....

Ya Rabbul Izaati...
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang,
yang merindui syahid di
jalanMu....

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihmu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya,
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu....

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu....

Ya Allah...
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas,
(sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu....

Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin...

Friday 7 December 2012

amazing ! :)

Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?" Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth? Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu." Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).” Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?" Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor. Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?" Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...” Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.” Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...”

ubat hati sikit ! :)

 Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : 1. Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = ” Orang tua “ Murid 2 = ” Guru “Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). 2. Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?” Murid 1 = ” Negeri Cina “ Murid 2 = ” Bulan “ Murid 3 = ” Matahari “ Murid 4 = ” Bintang-bintang “ Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”. 3. Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?” Murid 1 = ” Gunung “ Murid 2 = ” Matahari “ Murid 3 = ” Bumi “ Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.” 4. IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “ Murid 1 = ” Baja “ Murid 2 = ” Besi “ Murid 3 = ” Gajah “ Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.” 5. Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?” Murid 1 = ” Kapas” Murid 2 = ” Angin “ Murid 3 = ” Debu “ Murid 4 = ” Daun-daun” Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “ 6. Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “ Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “ Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “ ~RENUNG-RENUNGKAN~ ^_^

Thursday 6 December 2012

cinta hati ...

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,
” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” 
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu..

♥faraa Z♥
 
Belong To Me ❣❣ Blogger Template by Ipietoon Blogger Template