Wednesday 2 December 2015

MATI ITU PASTI

Assalamualaikum .

hai readers . hmmmm . scary kan title post kali ni . dalam minggu ni je , 3 berita kematian yang kita dikhabarkan . satu , kemangkatan baginda Raja Muda Kedah , kedua arwah Yus Jambu dan ketiga arwah seniwati Mariani . semua ni pada minggu yang sama ,dan hari yang berturutan . hmmmm . ni yang kita tahu , yang kita tak tahu . Allahu . takutnya .

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah an-Nisaa’: ayat 78)

Mati Itu Pasti . nak atau tak , akan tiba juga masa kita menghadapi saat ini . mungkin lepas aku publish post ini , ajal aku datang ,siapa tahu kan . semoga kita semua dimatikan dalam husnul khatimah(pengakhiran yang baik) , bukannya dalam suul khatimah(pengakhiran yang buruk).

hadis shahih dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.

"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya,”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah menjawab,”Allah akan memberinya taufiq untuk beramal shalih sebelum dia meninggal.” [HR Imam Ahmad, Tirmidzi, dan dishahihkan al Hakim dalam Mustadrak.


persoalan sekarang , bagi aku sendiri . bersediakah aku ? hmmm . moga Allah mempermudahkan urusan kita semua dunia akhirat. dan diampunkan dosa sekalian alam. amin .

Wednesday 25 November 2015

sabar 🍃

assalamualaikumm .

hai readers semuaa *bajet ramai readers lah 😂 dah lama tak update blog . minggu ni agak busy laa . haishh . ni pun pepagi dah ada kelas . mengantuk diaa , aduhh . hari ni memang jadual agak pack . SABAR aje laaa . by the way , aku nak cerita pasal sorang ni *bukan mengumpat , luahan hati jer , haahaa . lepas kelas tadi , kitorang nak pergi beli nasi lah kan , so dia pun ajak lah aku pergi pasar pagi . dia kata dia nak beli tudung . lepas tu , aku pun cakap lah kat dia , nak beli tudung pulak , hari tu kata nak jimat lah , ape lah . lepas tu dia sentap woooo . hahaha . dia ni memang agak boros laa berbelanja . aku tak tau pula latar belakang dia orang kaya ke tak , yg tu lantak la . tapi life dekat u ni , kalau kau ikut sangat nafsu berbelanja tu , memang papa kedana laa nnti . mentang dapat duit ptptn banyak , kemain lagi ea . nanti sampai masa nak bayar , haa kau tau laa . okay berbalik pada cerita dia tu tadi , dia jalan menonong jer kat depan . dia buat macam dia jalan sensorang . ah nak jer aku patah balik kolej terus . siot laa perangai . aku sabar jaa . aku malas nak meletop lagi . haihh . korang tahu takk , dia pernah tengking aku depan orang ramai . masa tu korang bayangkan lah apa rasa . nak jer aku tampar dia . tak pernah tau orang tengking aku depan orang ramai . even mama abah aku . dia senang-senang aje menengking aku . dia ingat dia tu sape haa . coiii . geram weii . pastu dia pergi jaa mana dia suka , jalan sorang² . aku rasa tadi , arghhh !!!! benci betul aku kat orang gila macam ni . semarah-marah aku , aku tak pernah buat orang lain macam orang bodoh tauu . aku jalan jaa kat belakang dia tadi . okay fine , dah cukup laa . aku cuba SABAR ni . dah nk sampai habis sem dahh . moga aku kuat lah nak tahan ngan perangai gila macam tu . hm . k lah korang , aku tak ada mood sangat ni , byeee

Friday 20 November 2015

weekend 😚

assalamualaikumm .

hai alls . aku dekat rumah ni . saja balik , weekend kan . alang-alang kelas tak ada , assignment pun kurang daahhh . baik balik rumah kan , habiskan masa dengan family lagi bagus *homesick actually 😅 aku balik kelmarin , malam ni dah nak balik kolej dah . itu lah , orang cakap , untung dapat masuk uni yg dekat dengan rumah . boleh balik selalu. alhamdulillah . Allah sebaik-baik perancang kann . oh by the way , aku ada something nak share dengan korang . malu tambah lawak lah . masa nak balik tu , hujan . kitorang (aku dgn kawan aku) nekad juga nak balik . hujan lebat lagi , kitorang pun decide nak g makan dulu lah . alang-alang tunggu hujan stop . masa kitorang tengah jalan nak g kedai makn , tiba-tiba bas lalu. aduhh . kitorang pun dengan lajunya lari g kejar bas tuu . nasib baik bas tu stop . tapi yang tak nasib baik nya , kan masa tu hujan , aku pakai kasut yang tapak dia licin . apa lagi , gedebukk jatuh lah . tapi yang lagi malang , bukan jatuh atas jalan apa . jatuh dalam air yang bertakung dengan lumut . uwaaaaa 😭😭 malu dia mak aihh .
korang bayangkan lah . kawan aku tu , dah naik bas dah . dia tak sedar pun aku jatuh . siot lah rasa , haahaa . aku rasa dah taknak balik kolej dah , malu weii . tapi nasib baik masa tu tak ada orang sangat . tapi aku tak pasti laa ada orang tengok tak aku jatuh tu . hahaa 😂😂 okay laa alls , aku tengah bakar ayam sebenarnya ni . lambat tunggu ayam masak , kita berblog lah dulu kan . okay setakat ni dulu untuk hari ni. daaa uols 😘

Wednesday 18 November 2015

Penat


Assalamualaikum ,,

hai alls :* aku nak cerita ni . hari ni Tuhan je tahu apa yang aku rasa. memang hari ini ada satu kelas tutor ekonomi jer , tapi . assignment semua nak kena siapkan. berlambak. tapi yang aku paling fedup , dengan perangai budak group assignment aku. astaghfirullahalazim . last minute cakap nak buat discussion , padahal aku dah ada janji dengan kawan aku nak keluar sama. rasa nak nangis , serius weii :'( aku rasa mungkin ahli group aku yang lain pun menyampah dengan perangai dia ni. korang bayangkan lah , semua masa kitorang , kena ikut dia. macam kalau dia free , suka-suki dia jer nak buat discussion. huhh. aku punya sakit hati dan geram tadi , sampai menangis ! sem depan , serius waa cakap , aku tak nak dah satu group dengan dia ni . perit ! serik ! betul lah kan orang cakap , makin kita dewasa , makin banyak ragam orang yang kita akan jumpa. and i have found one ! mohon Allah kuatkan hati aku bebanyak. aminn .  okay laa alls , got to go ~~ nak kena pergi discussion lah ni -_- saja update blog ni dulu , luah perasaan . haha .
okay bye
 
Belong To Me ❣❣ Blogger Template by Ipietoon Blogger Template